BIOLAC fOr aMsYaR


since aii kena demam last week, penghasilan susu adalah sangat merudum.

tatau la sebab ubat yg aii makan tu, ataupun sebab aii tak cukup makan.
paham2 jelah, bila demam konfem2 takde selera nak makan. bila dah takde selera mana nak ada tenaga kan?
so automatically, susu pun tidak mampu dihasilkan oleh badan.

stat rabu lepas, setiap kali pump session, aii cuma leh dapat 1-2oz. satu ari cuma mampu dpt 3oz saja.
sgt2 la tak cukup. tiap2 ari wajib anta kat umah pengasuh Amsyar 3oz x 3 botol. dan tersangat la kebetulannya, Amsyar menyusu byk sgt last week. bila susu Ummi dia tak mampu nak tampung keperluan Amsyar, pengasuh terpaksa kasi air masak aje. 

kesian okeh anak teruna aii tu!
so, ari selasa discuss dengan Hubs untuk topup dgn susu formula. 

Hubs cakap, try dulu pam esok (Rabu).
mane tau susu ada balik macam selalu.

sebagai wifey yg mithali, i tried on the next day & hasilnya tetap sama.
seb baik kames tu start cuti berangkai kan, so ada masa untuk monitor samada Amsyar leh terima susu formula or tak.

so on Thursday morning bermula la pencarian Susu Formula untuk si kecik.
1st time hokeh, agak nerves.


before ni penah try susu NAN, tapi perut Amsyar tak tahan. so mak2 sedara dia suggest susu BIOLAC. alhamdulillah, ada jual kat Mesra Mall. so mudah la keje kitorg.

anak kesayangan :)



1st time minum dia macam geli geliman...hehehe
kelakar pun ade bila dia sembur2 susu tu

time ni dia korek susu dalam mulut tu nak kasi keluar


2 hari yg pertama (Kames & Jumaat) banyak mana bancuh, banyak tu jugak la buang

huuu...tapi kena banyak bersaba kan?

bak kata Hubs 

" setahun dia minum susu badan, tak mungkin la dia senang2 nak terima susu lain "

yuppp, betol tu.



alhamdulillah, petang semalam dia dah boleh abes kan 2oz & yang paling penting takde masalah kat perut dia

takde sembelit, & takde cirit birit

baru call pengasuh satni, dia ckp Amsyar dah minum susu tu 2 botol + EBM 3oz satu botol.

sangat2 lega, takut dia tak cukup zat.
budak tengah membesar kan


ni hasil google :

Susu ini diperbuat dari susu lembu gred A yang diimport dari New Zealand (Negara yang jauh dari pencemaran alam dan sisa toksik bhn kimia akibat peperangan). Susu ini telah dirumus oleh Allahyarham Prof. Dr Azizan Ismail dari ERAEDAR Marketing (pengeluar produk Minda EXAMO CKM 500 & CKM 500+), dikeluarkan di kilang mereka sendiri yang bertaraf GMP. Merupakan susu yang dipasteur mengandungi kombinasi khas garamtisu biokimia yang diformulasikan oleh Prof.Dr.Azizan Ismail. Membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal,emosi dan sahsiah kanak-kanak. Selain itu susu ini sangat sedap dan disukai bukan sahaja bayi dan kanak-kanak malah golongan dewasa turut menggemarinya. Istimewanya susu Bio Lac ini - ianya boleh dibancuh tanpa menggunakan air panas atau suam. Cuma guna air sejuk atau mineral sahaja susu bayi anda dapat disediakan. Susu Rumusan ini kaya dengan zat makanan seperti berikut: 
*kandungan KALSIUMnya membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat. *kandungan PROTEINnya membantu membina dan membaiki tisu badan 
*kandungan MAGNESIUMnya menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium 
*kandungan VITAMIN B2nya diperlukan utk melepaskan tenaga daripda protein, lemak dan karbohidrat. 
*kandungan VITAMIN B12nya diperlukan untuk menghasilkan sel arah merah 
*kandungan VITAMIN Cnya meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging 
*kandungan VITAMIN D3nya membantu tubuh badan menggunakan kalsium dan fosforus. Selain itu tambahan garamtisu biokimianya memberi menjadikan susu ini lebih istimewa kerana ianya membantu: 
*Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
*Kecergasan dan kecerdasan *Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam. 
*Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi. 
*Membuang bahan toksid dalam badan. 
*Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan. 
*Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan. 
Sesuai untuk bayi seawal baru lahir. Sebaiknya untuk diberi kepada bayi gunakan air suam supaya bayi tidak kembong. 

Saya salah seorang pengguna Bio Lac sejak 2006 lagi...Terpanggil untuk menjawab pertanyaan tuan punya blog....
Quote: "Susu Enfagrow lg banyak la kandungan zat2 nyer.. & yg saya perasan pas dpt dr kwn, susu BIO-LAC ni xde DHA.. DHA kn tuk perkembangan otak bayi.. mcm mana nyer.. sape2 leh komen x?"

DHA tu sebenarnya apa? Sumber dari mana? Halal ke haram ke? Susu Enfagrow memang glamor walau pun harga agak mahal tapi jadi pilihan ramai terutama golongan mampu...Saya sendiri pernah berhubung dengan Customer Service Enfagrow ni bertanyakan di mana kilang susu ini. Diberitahu kilang enfagrow di Thailand. Ditanya lagi dari mana bahan mentah (susu lembu la) diambil...Diberitahu dari beberapa negara (disebut 3 @ 4 negara tetapi yang paling saya ingat antaranya New Zealand).....Bila kita nak tahu lebih-lebih dia akan tanya you kerja apa? So, sape2 nak confirm boleh call sendiri...

Susu Bio Lac hanya guna susu GRED A dari New Zealand....(saya tekankan gred A sebab banyak susu keluaran luar negara yang jenama gah-gah mencampurkan susu Gred A dengan gred B dalam formula susu mereka demi keuntungan berganda syarikat mereka..) Kenapa dari New Zealand? Susu terbaik datang dari negara ini yang jauh dari pencemaran bahan-bahan toksid, jauh dari kesan pencemaran alam / peperangan....

Dimana Bio Lac diproses? Dikilangkan di HomeoLab milik ERAEDAR Sdn Bhd sendiri di Jitra. Satu2nya kilang Homeopathi bertaraf GMP di Asia Tenggara. Sesiapa yang teringin melawat boleh buat rombongan...100% dijamin HALALAN TOYYIBA.....

Saya setuju dengan komen dari Salwa bahawa --fungsi utama susu ialah sumber kalsium utk pertumbuhan tulang baby... tapi iini tidak bermakna susu Bio Lac tiada bahan yang boleh merangsang otak bayi supaya sihat dan cerdas... Kandungan garamtisu biokimia yg diformulasi dalam susu ini memberi banyak khasiat terutama untuk kecergasan otak dan fizikal bayi kita....

Siapa pernah makan Examo CKM 500? Produk ni khusus untuk otak.....Dalam susu Bio Lac ni pun ada examo....so you get 2 benefit in one...

So kalau dah beli Bio Lac tu saya nasihat cuba bagi anak sampai habis satu pek dulu tengok reaksi anak mcmana? So far saya dah pengalaman 3 anak guna susu Bio Lac ni memang tulang mereka sangat kuat - kalau setakat terlanggar meja ke kerusi tu tak nangis pun...macam tak de pe je...kadang sampai benjol dahi.... anak yang mula2 minum susu ni sudah darjah satu...pemikirannya cergas dan aktif....budak-budak Bio Lac memang jarang demam atau selsema.....



sangat berharap dapat menyusukan Amsyar untuk tempoh setahun lagi

tapi kita merancang, Allah menentukan kan?

sekarang masih gigih mengepam, & tetap cuba amalkan petua2 untuk tambah susu

walaupun tak banyak, tetap akan cuba bekalkan EBM ke umah pengasuh walaupun stgh botol je

moga Allah permudahkan.


Comments

Popular posts from this blog

frEe sAmPLe pErfUmE Lancome La Vie Est Belle

ProSes tUkaR SuSu AmsYaR duRraNi