ARYAN DANISH's biRth sToRy
05/04/2014 - Aryan Danish dah pun 4 bulan. umi baru terkedek-kedek nak type labor story. hihi.. better late than never kan?
ok, bismillah, here we goes ( tu pun kalo ingat lagi. ingatan tumpul sket sejak2 lepas bersalin ni.. heee)
23/11/2013
weweeee, balik kampung!
37 weeks waktu ni.. giler tak larat, jalan pun dah mcm penguin. heee
26/11/2013
2nd check up kat Pusat Perubatan Islam Ar-Ridwan. waktu ni Doc scan & estimate berat baby dlm 3.3 - 3.5kg. hoii nervess sbb baby mcm besar sgt je. risau tak mampu nak push. cek jalan baru bukak 1cm. Doc advice suruh banyak bergerak, nak bg jalan bukak cpt.
from 26/11 - 03/12
tawaf segala mall, jalan kaki merata, squad (mencangkung naik turun 10 kali, 2 kali sehari), naik turun tangga, merangkak keliling bilik & macam-macam lagi.
gigih ni nak bersalin cepat. hehe.. aii is risau sebenarnya, bayangkan la baru 37w dah 3.5kg, camne kalau baby decide nak kuar on 40w, doc ckp setiap 1week baby akan membesar 100g, mksd nya towards end pregnancy, berat baby boleh reach sampai 3.8kg or 4kg.. no, no..camne aii nak push? taknak czer plissss.
tunggu punya tunggu, tanda2 tetap takde. last2 aii cuba urutan Perineal. 2 kali kot. 1st time try urutan ni, tak pasti betul ke tak, tapi tetap nak buat sbb urutan ni boleh memudahkan bersalin dan kurangkan koyakan. seksa ooo nak urut. hahaha.. sebab aii gemookkk giler kot waktu last2 peknen tu. 86kg. fuhhh, antara sampai ngan tak je...hihi
04/12/13 - 8 malam
sakit. tapi tak kuat. hepi. sebab akhirnya ada tanda. oh lupa, Hubs dah balik Kerteh waktu ni. makanya bgtau kat abah. abah risau. jap2 tanya ok ke tak, jap2 dtg tgk muka aii. bertambah nerves. hehehe
sambil2 layan sakit, aii dok berjalan satu umah. sgt berharap jln bukak besar. Amsyar dah tido waktu ni. bila tgk muka Amsyar rasa tak sampai hati je nak pegi spital, tapi bila tgk perut, rasa nak berlari je pegi spital. hehehe
sakit on off je, tak kuat pun, kdg2 lgsg tak berasa sakit tapi nekad nak pegi serah diri kat spital. dah tak larat nak bawak badan. huuu
call abah & mak mertua mintak dtg teman pegi spital. muka sorg2 memang risau la. aii dok berzikir antara nak pegi spital ke tak, nak pegi ke tak... nak pegi rasa mcm sakit tak kuat, kalau tak pegi rasa mcm memang nak pegi.
so pegi jelah. kul 11 lebih. cium2 budak yg tengah tido. sedih nak tinggal. first time nih nak tido asing ngn dia. slalu nya tiap2 malam melekat bawah ketiak umi :(
call kakak mintak tolong dtg temankan Amsyar. sampai hosp 10mins before midnite. tros pegi labor room. kebetulan Doc Zetty memang ada kes malam tu. tunggu dalam 10-15 cmtu, nurse siap2 suruh tukar baju, then masa paling tak best. SELUK! haha.. tapi alhamdulillah, 3cm! sangat relief bila doc bgtau. Doc tros suruh admit ward, kalau tak sakit sepanjang mlm, pukul 9 pg pecah ketuban. nerves, yet excited. sebab tau esok nya im going to see my baby.
call Hubby, mintak balik waktu tu gak, 6 jam kan, takut kalau lambat tak sempat masuk labor room. kebetulan waktu tu Kemaman baru nak banjir. air start naik tinggi malam tu, so Hubs terpaksa bersusah payah la sket kena ikut jalan alternative, yg tak pernah dilalui sebelum ni.
1.30am - admit ward. takleh tido, sembang2 ngan mak mertua. mintak abah & abah mertua balik dulu. kesian pulak nak suruh diorg tunggu. lagipun takde tanda2 sakit.
percutian 3 hari 2 malam :)
percutian 3 hari 2 malam :)
3.30am - dapat call arwah opah suami meninggal. innalillah. smoga ditempatkan bersama-sama org beriman.
05/12/13 - KHAMIS
6.30am - bgn, mandi siap2. tukar uniform hospital. bekpes, squad lagi & berdoa semoga suami sempat sampai.
hari terakhir berperut buncit.hehe
hari terakhir berperut buncit.hehe
8.00am - suami dah kat depan mata. lega! :)
turun labor room.
8.30am - nurse bagi makan ubat buang air besar. giler lapar lepas buang semua. huuu
8.30am - nurse bagi makan ubat buang air besar. giler lapar lepas buang semua. huuu
9.30am - cek jalan. 4cm. nurse pecah kan air ketuban. Amsyar & the rest of the family sampai. kakak bawak kan minyak selusuh. minum 3 teguk. wekkk, tak sedap. hehe.. sempat cium Amsyar. Alhamdulillah Amsyar tak meragam, sangat behave waktu umi dalam labor room. tapi semua orang penat la sebab layan dia yang asyik nak naik turun lif. hehe
11.00am - 6cm. sakit start kicking in. bibir tak putus2 berzikir.
Rabbi Yaasir Waala Tuassir, Rabbi Tammim Bil Khoir.
Kau permudahkanlah Ya Allah , & Kau sempurnakanlah Ya Allah
12.00pm - dah berpeluh2 tahan sakit. kaki start menendang merata. huuu... Ya Allah, masih terasa lagi sakit tu. memang sangat sakit. Nurse cucuk pain killer. tp tak berkesan pun. pinggang rasa mcm digenggam2, mcm dipijak2, dipatah2 kan. nurse suruh push sikit2 supaya jalan bukak.
1.00pm - 8cm. dah terasa nak push. hampir-hampir menjerit dah waktu ni. nurse bagi sedut gas. mula-mula tak reti nak sedut. pastu ada sorg nurse ni ajar, sedut tak berhenti. mamai. mimpi macam2. siap mimpi dah bersalin. hehehe
tapiiiiii, bila sampai waktu nak push tu memang mamai tahap gaban. kuat penangan gas tu.
FULL DILATION, 10CM! Doc & nurses dah amek tempat masing2. hubs berdiri kat tepi katil kat bhgn kepala.
and then i push. tak boleh jerit. okeh. tak jerit. walaupun dah rasa macam nak turun katil & lari keluar dari labor room tu.
i seriously cannot remember berapa kali aii push, tapi memang banyak. bila kepala baby keluar, aii tros tak sedar. pitam. aii rasa maybe sebab gas tu.oh and satu lagi sbb aii tak makan lgsg.sekadar minum air zam2 je. aii rasa mamai sgt smp tak mampu nak berfikir. & sakit. gosh, sangat sakit.
dalam waktu aii tak sedar tu, ada pandangan kabur. aii leh nampak nurses & Doc kelam kabut. Hubs cerita, 2 nurse pegang kaki kanan, 2 nurse pegang kaki kiri. Doc try keluarkan baby, tapi mustahil la kan sebab aii dah lembik. memang agak kecoh la time tu. muka baby pun dah biru sebab bahu sangkut, sedangkan kepala dah keluar.
aii rasa almost seminit gak tak sedar, pastu tetiba aii tersedar balik, diberi kekuatan & push sekali.
tepat 2.00 pm - alhamdulillah baby selamat keluar. tapi tak nangis for few seconds. nurse cepat2 bawak baby kat katil, bersihkan, tepuk2 & he cried out. loud! syukur.
risau giler + rasa bersalah sgt waktu baby tak nanges tu. aii dok panggil
"adik, adik "
pastu Doc ckp, takpe, baby ok, cuma dia kekurangan oksigen sebab sangkut lama tadi. nurse bawak baby keluar untuk bg oksigen.
ARYAN DANISH fresh from the oven
ARYAN DANISH fresh from the oven
bila baby dah keluar, mcm biasala.. start proses keluar uri, cuci segala darah, jahit & mcm2 lagi
time tu aii memang redha je, nak buat apa pun buat la. memang tak larat sgt2, rasa mcm segala tenaga dah hilang. segala proses tu tak lama sgt, tak sampai sejam pun. Doc Zetty sgt best, nurses pun. sangat berhati-hati, sangat lembut..maybe tu yang buat aii tak rasa sakit sgt waktu proses bersih & jahit. lain la dengan pengalaman bersalinkan Amsyar kat Hosp Ipoh sebelum tu. huu
okeh, siap! hehe.. settle cerita yang disimpan selama 4 bulan.
perbezaan bersalinkan Amsyar & Aryan?
ermmm....mudah bersalinkan Amsyar lg kot.
maybe sebab Amsyar 2.2kg je. Aryan 3.6kg.. beza 1.4kg..fuhh22, banyak tu.
Bersalinkan Amsyar, 2 kali push settle. Doc pun tak sempat nak sambut. hehe. tapiiiii, proses nak keluarkan uri, jahit segala tu agak ngeri. luka pulak teruk, zigzag. 2 minggu takleh bgn. sakit abes satu badan.
Bersalinkan Aryan, nak keluarkan budak debab tu, Allah je yang tahu. rasa macam hilang nyawa. tapi Allah mudahkan urusan keluarkan uri (cantik, lgsg tak koyak). jahit pun tak banyak. hari ke 3 dah boleh jalan laju, masuk semgg dah mcm org tak berpantang je. hehe
apa2 pun, im happy sebab berpeluang bersalinkan hero2 umi ni. insyaAllah, berharap diberi peluang untuk melahirkan lagi lepas ni (a girl perhaps ;) insyaAllah )
tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, not now. tunggu la dulu. biar dua2 besar dulu. masih ngeri dgn sakit bersalin aritu. heeee
Comments