dILeMa iBu bEkeRja


Kerja susah, kalau tak kerja lagi la susah!!

Apa yg susah??

Bila pengasuh asek la nk coooti!
Tak pasal2 rasa stress..

Serius la, kerap sungguh mak pengasuh Amsyar ni nk cuti. Ada je alasannya. Last week satu ari, aritu kitorg balik kg, 4 ari tak anta. Kames lepas mintak plak nak cuti kames & jumaat akan datang ni. Bulan ni je dh 3 ari cuti, last week? Last year? Pendek kata memang tiap2 bulan la dia ada hal..Memang la bunyi nya tak banyak. Sehari, 2 ari je..tp kitorg ni merantau. Famili jauh. Takde tempat mengadu.

Ewahhhh, sedih lak rasa.

Sekali sekala boleh la bawak pegi opis. Tp kalau dh kerap sangat segan gak rasanya. Amsyar kalau boleh behave time kat opis tu takpela. Ni selalunya dia bantai melalak nk tdo buai la, nk merangkak satu opis la. Last2 bos suruh balik. Maybe tak sanggup dgr bunyi tangisan yg membingitkan telinga tu. Adehhh!

Nak mintak tolong jiran, jiran plak bizi kuar masuk anta anak skolah. Takkan diorg nk angkat Amsyar dlm kete skali. Tak baik susahkn org smp camtu skali.

Taska?? Dh penuh. Tanya dh aritu. Diorg ckp x sanggup nk jaga lebih dari 5 baby dalam satu masa.

Isteri kawan??? Dh mintak tolong dh aritu. Itupn sekejap anta sekejap amek. Segan nk tinggalkn Amsyar lama2. Hari yg Amsyar amek injection pnemucoccal tulah. Pengasuh cuti sebab balik kg. Takkan la nk tumpangkn Amsyar lg 2 ari kat situ. Diorg maybe la akan ckp xpe, sbb tak sampai ati nk ckp TAK. Tp kita sndr kena paham la. Kot2 diorg ada hal lain ke..anak diorg pun kecik2 lg. Dah la tak bayar ape2.

Nak amek cuti tahun? Tak boleh la. Byk lg nk pkai cuti. Cuti nk pegi Bandung bln 4 ni, cuti Aidilfitri, cuti Aidiladha, cuti famili trip ujung taun. Spare cuti if Amsyar sakit. Bkn nya byk sangat cuti gomen ni. 20 ari jek. Dan selalunya tiap2 ujung tahun asek -ve jek. Tak pernah berbaki.

Byk kali dh terpikir nk tukar pengasuh. Tp bukannya senang nak cari pengasuh area kerteh ni. Aritu pun melilau gak mencari. Akak ni je yg sanggup jaga. Amsyar lak dolu2 jenis kuat meragam, kuat nanges.. Skrg kalau seminggu, 2 tak jmp pong Amsyar still kenal pengasuh dia. Bila anta sengeh2 mintak 'mak' dia tu dukung. Kalau tukar yg lain, serasi ke pengasuh baru tu dgn Amsyar? Tahan ke pengasuh baru tu dgn perangai Amsyar yg melasak tak hengat ni?

Kan dh cakap, dalam DILEMA sangat!!

Gamba : 'mak' pengasuh.

Comments

Popular posts from this blog

BIOLAC fOr aMsYaR

BiLa HaTi BeRbiCaRa

ProSes tUkaR SuSu AmsYaR duRraNi