Posts

Showing posts from August, 2013

ICity - 12/04/13

Image
okeh, cerita basi...hehehe ni kesinambungan yang backdated..tentang beli tiket I-City theme park  tu :) ermmm...a day before pegi Bandung, kitorg lepak kat KL dulu. tido umah adik. gerak dari Kerteh pukul 7 pagi kalau tak silap, shoot teros ke Shah Alam. sesat gak, almaklumla, lama dah tak ke Shah Alam, tapi sesat yang tak melarat sangat la. on GPS sampai bertemu ke pangkal jalan. hehe parents pun gerak dari KL hari yang sama. tapi diorg gerak lewat sket la, apa ada hal. Perak - KL 2.5 jam je. kitorg ni yelah berjam2 baru nak sampai. huuu.. pastu kakak aii si Aini Marisha tu lak tunggu kat Shah Alam je. sebab dia stadi kat UITM situ. lepas lunch kitorg pun bergerak la beramai2 ke I-City :) the I-City theme park's map abah, mommy, Hubs & son excited benor muka Abah Amsyar...hehe Amsyar yang tak mandi pagi. jimat air. mandi tros kat sini. hehe budak kecik ni memang suka mandi pool. nampak air tros jadi tak terkawal

jUmpA bEstiEs kat rEsiDenCe hOtEl, pAkA

Image
semalam waktu lepak2 kat opis tetiba dapat call dari besties cakap dia ada kat Paka. teman suami yang berkursus kat Kerteh. tros menggedik-gedik rasa nak balik amek anak & shoot pegi sana. hehehe raya aritu tak sempat nak jumpa. al-maklumla bila dah berfamili ni memang susah la nak berjumpa macam bujang2 dulu. tu yang bila dia cakap nak jumpa, harus la laju2 cakap YES! besties dari tadika nih. kawan baik, kawan gaduh, kawan masam muka, kuat majuk, semua ada. hehehe... anak 2 dah, ni tgh peknen anak ke-3 @ 39 weeks. gigih tu sarat2 jalan jauh. diorg dok kat KL. Hubs dia engineer petronas. kalau dok umah risau bersalin sorg2 lak, tu yang Hubs dia angkut skali. sebaya la anak kitorg nanti. bila baby dah kuar nanti kita geng kan diorg eh..hehehe budak ni tak terkawal jadi nya dapat mandi pool. nak pegang dia tak kasi, nak lepas tak berani lak sebab pool tu tinggi had bahu dia. kalau lemas mati la umi nak menjawab dgn abah awak, nak.. tu pun bap

wiNdu kAt Cik aBaNg

Image
encik suami pegi kawad merdeka. start semalam sampai sabtu ni, 31 ogos. baru sehari pegi, mata dah bengkak2 nanges...hehehe ni 1st time berjauhan lama giler. eh, 5 ari tu consider lama la... dalam pantang aritu toksah kira la. kat kampung tak terasa sangat sebab ramai org, sakit lak tu. takde masa nak pikir benda lain. ni dok sorang2 kat umah  ngan anak teruna. pandang setiap sudut terbayang cik abang. cepat la 5 ari berlalu. time2 peknen ni emosi tisu sungguh la. sket2 nak nanges. sket2 nak terasa. sket2 nak emo...huuu miss u a lot la, mr over protective daddy!

aMsYar in paReNthOod mEgaZIne

Image
1st time hokeh Amsyar masuk majalah. poyos sekejap umi. hahaha lama dah sebenarnya anta gamba Amsyar kat Parenthood, untuk column Stars of Pureen, kalau tak silap tahun lepas, waktu Amsyar 10-11 bulan camtu. tapi senyap je, so anggap takde rezeki. tetiba tanpa disangka-sangka dapat lak emel dari editor Parenthood cakap Amsyar menang consolation price & diorg akan siar kan gambar Amsyar on issue 163 / July 2013. dah la waktu tu tgh berjalan sorg2 kat Mesra Mall. blur kejap. haha...diorg sent emel tu awal July kot. laju2 pegi Popular, tapi megazine tu tak keluar lagi. (Dah sah2 diorg cakap 15 july kan, lagi mau cari awal2...hehe) Amsyar sorg je baby Melayu, yg lain Chinese. hehe..rezeki Amsyar. tapi sampai sekarang hadiah tu tak di collect. huuu...jauh sangat la nak pegi amek. boleh mintak diorg pos sebenarnya, tapi ntah la, macam2 hal timbul, tros lupa nak anta wang pos kat diorg, takpela, anggap je takde rezki Amsyar tang hadiah. yang penting ada ken

cHecK up 24 wEekS

Image
alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah pon 6 bulan macam tak terasa sangat masa berlalu peknen kalini, maybe sebab bizi mengejar abam Amsyar semalam check up kat klinik swasta jek. lama dah tak pegi klinik gomen. last pegi aritu kalo tak silap waktu 12 weeks, kena minum air gula. pastu diorg call cakap result semua ok. sejak tu langsung tak jejak dah klinik gomen. huuu...malas nak tunggu lama sebenar nya, sakit pinggang. memandangkan Hubs ada kelebihan AIA, kita guna jelah kan. kalo nak bayar sendiri tiap2 bulan, tak tergamak gak nak pegi klinik swasta...heeee, kedekut kan... berat terkini : 77 kg. hamek ko! raya sangat kan. haha HB : 11.6 BP : 118/69 yang lain2 semua ok. alhamdulillah. awal bulan 8 aritu, 19 weeks kalau tak silap, kitorg dah booking untuk bersalin kat Pusat Perubatan Islam Ar Ridzuan. insyaAllah, kalau takde aral harap nya dapat bersalin kat situ. jangan jadi macam abam Amsyar dah la. elok2 booking kat Hospital Pantai Puteri, tetiba kena

LiVe dARi aTaS kAtiL jAm 0428hrs

Image
Terkebil2 sorg diri, atas katil, sambil ditemani irama dengkuran suami & kecomelan anak yg tgh tido. Sighhhh..... :( Hurmmm..bila perut makin besar, mata makin payah lelap. Tido dh la lewat td. Pukul 1 klau x silap. Terjaga kul 4 sebab anak merengek nk susu. Lepas bancuh, br nak landing, tetibe perut lak memulas mintak ke toilet. Haihhhh perut ni. Macam la takleh tggu kul 7 kang. Huuuu... Ni ntah kul bape la baru boleh tido balik. Silap2 sampai subuh kang mata tetap terang. Ada jugak yg mc japgi ni..hehehe ** baby dalam perut + abam baby

RaYa 2013

Image
Syawal ye ke 11 dah arini. Baru berkesempatan nak ucap " Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin " Bz kekdah nya..haha..alasan sgt kn..padahal hari2 blogwalking. Tp nak menulis ya ampun malas..huuu Raya kami sederhana aje, tak semeriah taun lps. Maybe sebab raya ke 5 dah kena gerak balik tganu..tulah, tak.menyempat sgt nk balik kg kn ..9 hari sebelum raya dah balik sg siput, jadi nya cuti lepas raya limited la. Redha! Tp alhamdulillah, taun ni tak sangkut dlm jem. Perjalanan balik sg siput & kerteh lancar. Lega sgt. Almaklumlah perut dh besar ni jenuh gak klau nak dok dlm kete lama2, lagi2 nk melayan si kecik yg banyak kira tu. Raya pertama taun ni kat umah Hubs. Tengah hari balik umah aii jap posing2 amek gamba ngn famili, pastu patah balik umah mertua. Lepak2 makan, kul 4 gerak balik umah aii.. Hehe..umah dekat sgt, boleh la nak berulang tak kira masa. Takde la nak gaduh2 masam muka. Tu pun Hubs berbunyi gak cakap aii asek nak balik umah abah

SyOk nYa bErpUaSa di kAmPuNg

Image
Cuti 12 hari di kampung halaman. Yippieee!! Bahagia sungguh rasanya. Hehe Stat cuti kames lepas, 1 ogos..insyaAllah sampai 12 ogos nnt. Syok nyeeee berpuasa di kampung ni.sebut je nak makan ape, berbuka tu konfem semua benda ada dpn mata. Hari 1st kat kampung tingin makan popia goreng. Berbuka tu sampai 4 hengget Hubs beli. Amek ko. Mengidam sangat kan. Sampai sengkak perut makan. Hehe 2nd day tingin makan gulai asam belimbing. Abah mertua cakap paling sedap klau makan ngn ikan keli. Wahhhh, double fevret. Ini sudah bagus. Maka nya pagi2 mak mertua ajak pegi pasar cari bahan. Terhasil la gulai lemak cili padi ikan keli asam belimbing. Ya ampun, sumpah sedap!! Meleleh lagi air liur bila terkenang. Hehe Lepas tu waktu jalan2 cari kuih raya ternampak durian. Cantik la. Memang dah lama tingin makan durian kan..pastu kasi hint kat abah 'kan sedap kalau dpt makan pulut dgn durian'..tak sampai 3 minit, abah tros naik moto cari pulut. Haha..bahagia betol. Alhamdulillah, setakat