EmotiOnaL dAy


Datang opis dgn perasaan 70% rela, 30% tak..

Bukan sebab result election smlm ye. Sila jgn buat spekulasi. Aii redha je dgn apa2 result pon. Menang kalah adat bertanding. Terima sudahhh.

Perasaan berbaur2 sebab alahan makin menjadi2.

Baru je berbangga2 dengan org yg bertanya :

" takde alahan ke? "

Jawapan bangga :

"alhamdulillah, kalini takde morning sickness cam abam amsyar dolu. Pagi2 pn xde muntah. "

Pangggggggg!!

Kurang seminggu pastu.......

Setiap masa nak muntah.
Tgh2 type ni pong dok menganga2 meloya.
Bdn 24 jam penat, padahal bukan buat apa pon.
Perut pedih 24 jam, sebu.
Makan memang syok, tp kalau dah 24 jam asek kena makan je, annoying gak rasa...huuu

Seksa nyaaaaa laaaa, nak dapat baby memang best....tapiiiii, ya Allah, kurangkan lah rasa tak best ni.

Kalau ikutkan kiraan, smlm baru masuk 8 mggu. 4 minggu to go utk abes kn 1st tremister. Semoga segala rasa tak best ni hilang bila masuk bulan ke 3 nnt...aminnnnn!!

On top of that, bila blogwalking, kebanyakan blogger buat entry psl baby AQIL HAMZAH yang kembali kepada Penciptanya pada usia setaun 2 bulan. Allahuakbar.

Sebak. Sedih.

Teros teringatkan Amsyar yg kena marah ngn umi sebab pukul 4 pg pon tamau tido, sedangkan umi dah melepek penat.

Maybe sebab dah jadi umi, ditambah dgn pregnancy ni, tetibe emosi jadi tak tentu arah.

Ya Allah, macam mana kalau Amsyar di jemput seawal ni? Nauzubillah. Ya Allah, aku merayu pada Mu. Jangan lah dia ambil anak ku seawal ini. Belum puas menyayangi dia. Izin kan aku menjadi umi, izinkan aku menyintai nya seumur hidup ku.

Intai2 blog mama AQIL, post2 terakhir semua nya tentang dia. Kecerdikan Aqil, kecomelan, tentang mainan yg dibeli, baju raya untuk dipakai Ogos nnt. Sedih lagi. Sedikit pun tak menyangka anak kecil yg baru setahun disusukan akan pergi selamanya.

Betul, Allah dah janji kan anak2 yang belum baligh ini akan menarik ibubapa nya ke syurga kelak. Alhamdulillah.

Teringat ttg ceramah ustaz kazim elias kat 106 aritu.

Anak2 akan menarik ibubapa nya ke syurga semudah menyebut perkataan "sumpah" ketika melalui titian siratul mustaqim nnt.
Maksudnya cuma beberapa saat diperlukan.
Tetapi syarat nya ibubapa harus REDHA.
Jangan beria2 menangisi, yakin apa yang terjadi adalah yg terbaik, yg telah Allah rancangkan. Allah takkan menguji hamba nya jika hamba itu tak mampu menanggung nya kan?

Mama AQIL HAMZAH, saya tak pernah mengenali awak, tak pernah baca pun blog awak sebelum ini. Tapi dari apa yg saya baca arini, kata mereka2 yg mengenali awak, awak tabah. Awak redha dgn apa yg terjadi. InsyaAllah redha itu akan membawa awak & suami ke Syurga kelak. Semoga awak terus kuat untuk mengharungi hari2 tanpa AQIL HAMZAH di sisi.

** amsyar, umi sayang awak **

Comments

Popular posts from this blog

BIOLAC fOr aMsYaR

frEe sAmPLe pErfUmE Lancome La Vie Est Belle

ProSes tUkaR SuSu AmsYaR duRraNi