ICity - 12/04/13
okeh, cerita basi...hehehe
ni kesinambungan yang backdated..tentang beli tiket I-City theme park tu :)
ermmm...a day before pegi Bandung, kitorg lepak kat KL dulu. tido umah adik. gerak dari Kerteh pukul 7 pagi kalau tak silap, shoot teros ke Shah Alam. sesat gak, almaklumla, lama dah tak ke Shah Alam, tapi sesat yang tak melarat sangat la. on GPS sampai bertemu ke pangkal jalan. hehe
parents pun gerak dari KL hari yang sama. tapi diorg gerak lewat sket la, apa ada hal. Perak - KL 2.5 jam je. kitorg ni yelah berjam2 baru nak sampai. huuu.. pastu kakak aii si Aini Marisha tu lak tunggu kat Shah Alam je. sebab dia stadi kat UITM situ. lepas lunch kitorg pun bergerak la beramai2 ke I-City :)
the I-City theme park's map
abah, mommy, Hubs & son
excited benor muka Abah Amsyar...hehe
Amsyar yang tak mandi pagi. jimat air. mandi tros kat sini. hehe
budak kecik ni memang suka mandi pool.
nampak air tros jadi tak terkawal. badan dia kan kecik je, makanya banyak kali gak la dia tenggelam dalam air. huuu, lemas anak umi.
pastu ptg nya teros kena mild flu. walaupon mild tapi baby kan, sangat menganggu mood dia kat Bandung.
so, moral nya..kalau dah tau nak jalan jauh, sila la jangan rendam anak anda dalam air lama2. tu pon seb baik mild flu je takde fever. kalau kena dua2 pengsan laaaaa...
dah masuk air tamau kuar lak.
maknyah lak melayan Amsyar
debab!
kitorg try semua game. kitorg tu lebih kepada me & Hubs. heee...ada gak game yang mummy try skali. tapi sekali je kot. pastu mummy cakap pening. abah langsung la tak nak main slide, abah cakap pengsan nanti..hehe
ni lah the only game yang mummy join. pastu insaf dah tamau join. haha
gayat gak nih.
yang ni Hubs, aii & sis kalau tak silap. tak ingat dah.
yang ni konfem takkan lupa sampai bila2...adoiiiii
my sis & mummy memang serender awal2 tamau naik. aii lak bertegas nak naik.
ajak Hubs. dia ok, tapi benda ni takleh naik 2 org. kena cukup kan quota 4 orang. ewahhh, dah macam poligami lak. hehehe
kebetulan ada couple chinese ni nak naik gak, so kitorg join skali.
sumpah aii takkan naik lagi. bapak gayat! aii pejam mata sepanjang benda ni bergerak. rasa macam dah takde nyawa waktu ni. dia punya gayat tu macam kena lambung2 je. nak bernafas pun tak sempat...huuu
homaiiii, bila ingat2 balik aii dah la 6 weeks peknen waktu ni. bersyukur sangat Allah pelihara baby dalam perut ni. kalau aii tau tgh peknen, memang konfem2 aii takkan dekat pon ngan semua slide tu.
kitorg berendam lama gak la, dari pukul 1 kot sampai pukul 6. dalam tiket cakap sampai kul 4 je, tapi takde org cek tiket kan, so buat2 tak paham jek. hehehe
malam nya kitorg makan kat Ayam Bakar WangSolo. my fevret ever!
Amsyar hepi, umi buat2 senyum sebab tgh gaduh ngan Hubs. hahaha..emosi org yg taktau ngh peknen :)
nom nom nom...
request kat adik mintak tolong beli kan garret popcorn. 1st time makan, sedap!!
banyak giler, siap bawak masuk dalam flight. huuu
disebabkan kitorg pegi waktu siang, makanya tak dapat la nak tengok lampu cantik2 tu.
nanti kena pegi lagi la...tapi tamau masuk theme park dah, nak try masuk umah salji tu lak.
InsyaAllah, lepas bersalin nanti mungkin?
Comments