10 haRi
Pejam celik, pejam celik dah pun 10 hari berpantang. Alhamdulillah. Tinggal 34 hari je lagi. Fuhhh, tarik nafas panjang2, smoga 34 hari berlalu macam angin je. Hehe
Aryan Danish.
Susah betul nak decide nama adik. Huuu.. Hari ke 5 baru decide. Tu pun sebab nak pegi register kat JPN. Hubs nak letak Aryan Durrani sebab nak sama kan ngn abam Amsyar. Aii lak lebih suka Aryan Darwisy sebab mcm rhyme je.. Tp hubs lak tak suka. Untuk elakkan ketidakpuasan hati, xyah letak dua2..senang.hehe.. Ntah mcm mana Danish pulak yang timbul. Idea yg pastinya dtg dari Allah :) .. Tros isi form & sah la Aryan Danish milik kami..heee
So far sepanjang 10 hari ni tak susah sgt nak jaga adik. Baby kan, selain berak, susu & tido rasanya takde aktiviti lain dh diorg nak buat. Hihi.. Alhamdulillah xde jaundis. Check hari ke 4 bacaan 8, pstu nurse mintak repeat hari ke 7, bacaan 6 je. Lega sesangat rasanya. Mmg time peknen tu berdoa sesgt semoga baby x jaundis sbb risau nk tgglkn abam Amsyar klau kena admit ward. Allah perkenankn, Alhamdulillah. Disamping amalkan Jus Delima Gulsan stat peknen 7 bulan smp bersalin :) tak promote tau..tp tatau la, rasi kot ngn aii & baby..
10 hari dah menjadi umi kepada 2 org anak. Tipu la klau kata everyday semua nya smooth. Ada masanya rasa penat giler, tambah2 since Hubs dah balik ganu. Tapi kena tabah la kan. Kena bagi perhatian pada baby, dalam masa yang sama xleh nak abaikan Abam Amsyar. Sian dia tetiba ada pesaing. Huuu.. Amsyar ni kena pndai tackle mood dia. Klau time mood dia ok, hobi dia kiss baby. Tak kira la kat tgn ke, kat kaki ke.. Asal dapat. Tapi klau mood dia k.o. ..fuhhh, nauzubillah.. Kena tarik nafas pjg2. Dia x bagi nya aii dukung baby, apatah lagi nak susu kan.. Mmg dia akan meraung suruh letak baby dlm playpen.
Banyak benda nak cite sbnr nya. Tp blom berkesempatan nak menaip pjg2. Nak type entry ni pn amek masa lebih 12 jam. Ada je yg menjerit mintak perhatian. Hihi.. InsyaAllah.. Klau ada peluang nak gak cite pengalaman bersalin. Mungkin bila masa mengizinkan nnt :)
Comments