paRenTs tErsaYaNg dtg meLaWat
kitorg balik Kerteh on 13 Januari. 2 hari lepas majlis besday Amsyar & aqiqah Aryan
lama dah kan. so tok & opah dah rindukan cucu. kitorg nak balik, paham2 jelah. susah, 2 anak kecik nak dok dalam kete sampai 7-8 jam. memang dugaan lah.
22 - 24 februari aritu parents aii dtg melawat.
hepi sgt!
Amsyar la yang paling hepi. sejak dia balik sini aritu, hari2 dia dok sebut tok, pah, tok, pah
sian dia
yelah, kat sana ari2, tiap2 masa tgk muka
tetiba semua takde.
budak kecik pun dah paham maksud rindu
ni waktu abah mula2 sampai
peluk kuat adik Aryan :)
berair mata abah waktu ni. hepi sangat kot.
rindu cucu.
Aryan pun sgt behave waktu tok ngn opah datang
gelak mengekek2. tak penah umi dgr adik gelak camtu.
sampai skrg pun tak dgr dah.
eksklusif utk tok je kot...hehe
even umi ngan babah agah camne pun, adik just sekadar gelak2 biasa je
tak sporting la adik ni.. huuu
shoping groceries kat Mesra Mall
kebetulan abah ngan mmy dtg waktu payday, barang dapur lak mmg dah tinggal saki baki je, so shoping sakan la sampai penuh troli tu..hehehe
1st time pegi Mesra Mall sejak lepas2 bersalin.
kalau berdua ngan Hubs je mmg dia tamau nye beli barang kat situ. serabut katanya, ramai sgt org.
dia lagi rela shoping kat kedai runcit biasa.
seb baik tok ngan opah dtg, dpt la umi melepaskan rindu kat situ..hehehe
esoknya, Ahad, Hubs keje.
nak kuar umah pun tak syok, tak cukup korum.
lagipun takde sape nak handle Amsyar. hadoii, bufdak tu kalau dapat berlari pengsan nak kejar.
macam kat Mesra Mall tu, babah nya pegi amek kete, kitorg tgg kat luar, boleh lak Amsyar lari masuk dalam kat celah2 barang. umi takleh nak kejar sbb adik nangis nak susu. tok dia lah jadi mangsa. berpeluh2. hehehe...lawak pun ada.
petang ahad tu mmy boring agak nya dok umah, ajak kitorg pegi tepi laut. pegi kejap je sebab dah lewat. risau lak bawak baby tepi laut senja2.
possing begini adalah wajib setiap kali ke tepi pantai...hehehe
Amsyar takut tgk ombak tu. umi pun takut gak.
kebetulan hari yg kitorg pegi tu ombak kuat sgt.
air nak pasang kot.
sian adik kesejukan dok tepi laut.
umi lak bijak sgt kan tak tukar baju adik sebelum pegi.
kemain baju lubang2 haaa dok tepi laut.
cam ekon je masuk celah2 baju...hehe
isnin.
swimming pool!!
hihi...aii lak over excited.
bertahun2 dok sini, nilah 1st time kitorg pegi sini.
Kelab Golf Rantau Petronas.
bayaran masuk rm10 / pax utk dewasa
anak2 aii takde caj.
mandi la sampai demam...hehehe
dari pukul 10pg - 10 mlm
time kitorg pegi ni hari keje, memang la tersgt syok.
sebesar2 pool tu, cuma kitorg 5 beranak je berendam
adik tak masuk, baby lagi kan
nnt adik dh besar sket umi bagi adik terjun eh...
umi berendam dalam 10 minit je, lps tu ada budak menjerit mintak perhatian... huuu
jadi la 10 minit dari takde lgsg kan.
nilah budak yg mintak perhatian tu.
berjemur bawah kemah.
mandi pun tak lagi. takpe, tetap comel. hehe
budak ni toksah cite laaa..
excited terlampau
siap eksyen tanak dok dalam pool budak, nak mandi kat pool org besar
ewaahh, kemain
pool budak pun tak sampai kaki, ada hati nak pegi pool lain kan
isyyy, bila buat muka camni rasa macam hari2 nak pegi pool. hehehe
muka hepi terlampau. muka babah pun sama. hehehe
love!
sementara semua bersuka ria berenang,
umi susukan adik :)
takpe, adik lagi penting
mandi bila2 pun boleh.
ayat pasrah. hehehe
disebabkan semua malas nak keluar makan,
maka order saja dari kafe KGRP
4 nasi putih, kailan oyster souce, daging blackpaper, tomyam campur, telur dadar, spageti bolognese utk umi & amsyar, 2 guava asam boi, 2 apple asam boi.
total rm51. murah kan? best! & kenyang.
abes makan sambung blk mandi.
oh lupa nak cite, pegi mandi kul 11 pg, abes kul 2 ptg.
makanya, semua kena sunburn termasuk Amsyar.
hitam legam. sampai skrg.
seb baik umi mandi sekejap je.
selamat kulit umi..hehehe
abes mandi, masuk je kete bagi susu sebotol kat Amsyar.
tak sampai 5 minit tros pengsan.haha
sampai umah, yg lain2 pun pengsan sama.
letih.
kul 5 semua bangun, terus kluar pegi resort paya bakau kat Kerteh.
1st time pegi sini, baru je rasmi dalam 2,3 bulan lps oleh Sultan Mizan.
cantik gak tempat dia, sesuai la klau ada yg nak dapat experience baru, bermalam dalam hutan.
kot2 la boring asek2 tido hotel je kan..
bila la ko nk KURUS, ismawati? T__T
ni abah ngan mmy berdiri atas jeti
kalau tido kat sini, leh la request bersiar2 menaiki bot.
bukan laut tau, sungai.
siap leh mancing udang.
mesti syok.
mekaseh encik tukang amek gamba. akhirnya dapat gak amek gamba berempat.
pasni kene beli monopod kot.
senang sket nak ber selfie.. huu
abes meneroka kawasan, isi perut lak...
lapa ooo
lepak kat pantai kerteh.
1st time gak nih makan kat sini
datang sini sokmo, tapi sekadar tgk laut je
ni baru merasa makan kat gerai2 ni
see, banyak benda 1st time bila abah ngan mmy dtg.
abah & mmy if u guys read this, plisss dtg kerap sket
so that byk benda 1st time yg aii boleh rasa...hehehe
2 hero umi minum air kelapa
opah take turn pegang adik Aryan, bagi peluang kat umi nak mencekik. hehe
lempeng nyior & kepok lekor
sedap rupanya lempeng nyior ni. order 4 keping, licin!
nyummsss
nak makan budak ni boleh tak?
pau sgt pipi tu...hehehe
ok, tamat sudah kesah 4 hari parents di Kerteh
tolongggla datang lg eh.
seronok rasa bila sedara mara dtg umah ni
semangat nak berjalan2, kalau kami 4 beranak je kat sini, alamatnya terperap kat umah jelah...huu
ok, tu je :)
Comments