SaBtU kaMi



jumaat kami takde aktiviti-aktiviti best pong, sebab nya babah keje
jadi nya macam biasa umi jaga anak-anak dari pagi sampai petang, pukul 6 bawak keluar jalan-jalan jap, 8.30 malam semua dikuarantain masuk bilik. kena paksa tido awaii.. hihihi

bila asek train camtu, anak-anak aii  pun otomatik pukul 8 je dah mula tenyeh-tenyeh mata, garu telinga, merengek nak susu, ajak masuk bilik

namunnnnnnnnnnnn
tido awaii bukanlah bermaksud tido lena, jap-jap si abam merengek nak susu, pastu adik lak take turns dan seterusnya sampai la pukul 6.30 pagi. bergilir-gilir mematikan mimpi-mimpi umi. huuu

sabtu @ semalam @ kelmarin (org ganu ckp)

anak-anak macam biasa, kul 6.30 dah bangun
lepas solat subuh sambung lepak-lepak atas katil ngan anak-anak. babah lepak gak baring-baring bawah katil. hihi
skrg babah tido atas toto. umi ngan anak-anak tido atas katil. sian kat anak-anak katanya. risau sempit. tulah, orang cakap nak asing katil ngan anak babah tak bagi. sanggup pulak dia tido atas toto kan.

dalam 8.30 pg baru keluar bilik, tidokan Aryan dalam buai, pastu pegi dapur masak kueytiow 2 bungkus. giler tamakk. hahaha... lapa sebab Jumaat tak makan nasi. aii is takde selera nak makan sorang-sorang.

elok abes makan Aryan bangun. baby tu tengah batuk 
ngan selsema



so aii mandikan Aryan dengan bawang putih + habatussauda. ramas-ramas bawang putih tu campur air panas, rendam dalam 3-5 minit pastu baru campur air sejuk. biar suam. mandikan lama sket. bagi dia selesa.



budak batuk yang puas mandi. hihihi

babah budak-budak ni bila cuti je mula la nak marathon tido. umi lak macam biasa dok melayan anak-anak.

dalam pukul 2 lebih batuk Aryan makin teruk. seboleh-bolehnya tak nak bagi dia makan ubat. baby kan, selagi boleh usaha cara lain, kita usaha jelah. 


sebelum tu selalu terbaca kat group fb, blog, pasal EVCO (extra virgin coconut oil), and ada terbaca post yang kata minyak ni elok utk baby yang batuk & selsema. 

so, laju-laju gerak Hubs ajak pegi Cosway. alhamdulillah smlm kedai Cosway bukak, pinjam no ahli kawan and terus beli


RM33.90

besar botol nye. konfem leh tahan berbulan-bulan.
sampai umah, isi botol kecik ngan evco ni, rendam dgn habatussauda sket. pastu urut satu badan Aryan.

ada yang kata boleh titiskan 3 - 5 titik dalam mulut baby, tapi aii tak buat lagi. usaha secara luaran dulu. takut gak nak masuk benda pelik-pelik dalam mulut dia. hihihi.  umi paranoid sket. tapi umi dah minum 2 sudu pagi tadi. moga khasiat evco ni sampai kepada adik melalui susu umi :)




lepas urut badan adik, bagi susu adik pun tido. lama sangat. 3 jam. ditemani babah.

sementara tu, umi pun lipat la kain sebakul. ditemani abam. geram aihhhh kat budak ni. orang berpeluh melipat kain, dia berpeluh menyepah balik kain tu. 

bergaduh-gaduh, menjerit. hihihi...kelakar pulak bila ingat balik. tapi waktu kejadian tu geram ya ampun. rasa nak pulas je tangan. huuu




tengah-tengah lipat kain & berperang, tetiba ada orang bagi salam. skynet rupanya. sambil-sambil sign consignment note tu, laju je otak ni dok pikir. 
" bila masa aku shopping ni? rasa macam dah seminggu tak beli pape "

pastu bila tgk nama pengirim baru "oooo, kasut rupanya "
hihihi... beli kat mydeal. sebulan lebih dah. punya la lama. sampai lupa terus.


Jelly Shoes, kaler navy blue.

cantik. sayangnya besar...huaaa, sedih!
dah la lama kemain nak sampai. elok-elok sampai, besar pulak. besar sangat lak tu. dalam 2 jari kot.

size 39 @ 8.
aritu beli kat pasar malam beli kasut size 38, tapi kecik, tu yang bila order online amek 39, entah camne terlebih banyak lak. size kasut beza-beza eh? poning!

dalam pukul 6.30 ptg umi mandikan adik. kalini campur evco & habatussauda. tengah mandikan adik Amsyar lak dtg cakap nak mandi. suruh babah bukak kan baju, dia join berendam dalam bath tub tu. disebabkan bath tub sempit, umi angkat adik keluar biar dia berendam. 

sambil-sambil tu aii siapkan Aryan atas katil (dekat je bilik air ngan katil. 2-3 langkah je kot)  urut-urut badan Aryan dengan evco. yang si abam nya dok la keluar masuk bath tub, lari-lari kat babah dia, masuk balik bilik air, 
keluar - masuk - keluar - masuk - keluar 
gedebuk! waaaaa

haihhhhh, jatuh pulak. 

tapi kalini babah tak marah la sebab bukan salah umi. seb baik beberapa minit sebelum kejadian aii dah jerit panggil Hubs mintak tlg tengokkan Amsyar. Hubs yang dok bertangguh sebab tgk tv. salah babah la. hihihi



benjol sebijik. sian abam. tulah, bukannya reti dok diam. tuam dengan ais. itupun nak umi yang tuam. bila babah nak buat jerit-jerit nangis tak nak. pagi ni alhamdulillah  dah takde kesan. 

malam tu Hubs masakkan megi. sebabnya wifey malas nak masak nasi. hihihi.. best gak skali skala makan megi.

abes makan tido kan anak-anak, skali ngan umi skali tido. hehe... penat ooo. dah la susah nak tido petang skrg. ada je benda nak buat. tambah-tambah lagi budak-budak tu tak reti nak tido serentak. bila adik tido abam bangun, bila abam bangun adik tido. huuu

okeh settle Sabtu kami :)

tak saba nak tunggu ari selasa, 13 mei.

cuti ari wesak. bestnya dok umah peluk anak-anak.





Comments

Popular posts from this blog

BIOLAC fOr aMsYaR

frEe sAmPLe pErfUmE Lancome La Vie Est Belle

ProSes tUkaR SuSu AmsYaR duRraNi