TaK taHu MaNa NaK StaRt
oh my, its been a while. ok. lets start with
ASSALAMUALAIKUM :)
rindu! hahaha.. rindu giler nak mencoret. alhamdulillah, harini diberi peluang.
life alhamdulillah, so far so good. busy terlampau skrg, insyaAllah, japgi kita cerita kenapa busy. hehe
anak-anak alhamdulillah sihat & selamat. masih 2. dan insyaAllah akan kekal 2 buat masa ini. hehehe
lets start with January 2015.
January tu still hujan lebat. pantai timur kan dilanda fenomena hujan luar biasa, kerteh pun tak terkecuali la. kebetulan parents in law ada kat sini since end of disember. Temerloh highway tenggelam, makanya diorg stuck kat sini almost 2 minggu. 04 Januari kalau tak silap baru hantar diorg balik perak, lepas tu balik kerteh sehari, the next day opah meninggal. so emergency shoot balik perak for 3 days. so, Hubs cakap lepas ni raya balik pulak. bagi hilang penat. hehehe
February 2015.
start 10 feb aritu anak-anak dah masuk taska Al-safiyyah. taska dalam masjid. hari-hari dengar azan, semoga anak-anak umi akan jadi anak yang baik / ustaz.. huuu
Amsyar Durrani.
dah 3 tahun on 12 jan.
semakin membesar dengan jayanya. kuat menyusu, kuat makan. dah 20.2kg. huaaaa debab nya awak anak. aktif ya ampun. serasi la dengan maksud nama Amsyar tu, yang cergas. langsung taknak diam. haihhh, lelah umi. tengah potty training tapi masih blom berjaya. huuu.
dah boleh bercakap, tapi still pelat. tengah belajar nak menyusun ayat lagi tu. stakat ni baru boleh buat 2-3 patah perkataan je dalam satu ayat. takpe, lama-lama nnt insyaAllah ok. tak sabar nak sembang dgn Amsyar.
Aryan Danish.
baru masuk setahun on 05 disember 2014. kalau ikut tahun, arini dah 2 tahun, tapi kalau ikut bulan baru 14 bulan :)
manja kededek, jeles giler dgn abam dia. kalau umi peluk abam dan-dan la dia menjerit pastu meliuk lentok suruh dukung dia pulak. gigi depan 6 batang, geraham ada satu. mulut laju, dah boleh sebut babah, umi, abang, air, kucing. kalau ada barang jatuh, cepat-cepat sebut allahuakbar. hihi.. alhamdulillah, berkat duduk masjid kot.
blanja gambar anak-anak sikit. hihi
yang lain so far alhamdulillah ok. cuma kena tune masa sikit. skrg ni kebanyakan masa dihabiskan kat kedai. rumah pun dah tonggang langgang. masak lagi la tak. hahaha.. harap cik suami la yg dok asapkan dapur tu.
kedai????
hahaha....stay tune!
Comments