DemAm cAmPak
Anakanda kesayangan diserang demam campak.
Ahad aritu, bgn tido pelik tgk muka anak merah. Bukan semua tempat. Kat keliling mulut je.
Disebabkan "mak pengasuh" cuti, makanya laju2 siap dan angkut anak pegi opis. Hubs keje.
Sampai opis msj Hubs bgtau dia pasal merah tu. Nak mintak bwk pegi klinik. Hubs ckp maybe alergik makan. Tunggu dia balik dulu. Okeh, menurut perintah.
Tapi makin lama makin merah. Masuk tgh hari merah dia menjadi2 macam menyala. Haihhh, takleh jadi. Berdebar2 tgk muka anak.
Call Hubs cite semua. Hubs ckp, ok bawak pegi klinik. Kat klinik, Doc cek, dia cakap alergik je ni. Bagi 3 jenis ubat. Ubat demam, alergik ngn ubat gatal. Nak kasi dia makan ubat punya la susah. Sekali bagi, 2x muntah. Nanges tu takyah cakap la. Nampak je botol ubat tros nanges. Sah menurun umi! Dolu2 la waktu kecik. Skrg aii very the terer makan ubat. hehehe
Malam tu badan anak maken panas. Memandangkan dia takleh makan ubat makan, makanya ikut montot la kita. Pengasuh cuti 2 ari, so isnin a.k.a semalam abah jaga Amsyar. Umi kene pegi Perhimpunan Hari Polis.
Pagi smlm nampak dah merah dia makin merebak. Badan2 merah & tumbuh biji2 halus. Pesan kat Hubs, siap2 la, lepas perhimpunan aii balik amek diorg bawak pegi klinik lain. Terpikir maybe dia tak rasi ngn klinik 1st tu. Hubs ckp ok. So otway balik dari Kemaman msj dia suruh siap. Dia ckp nampak Amsyar mcm dah ok. Takyah pegi klinik. Sampai umah teros belek Amsyar. Tak elok mana, still merah. Tp takpela, isteri mithali kan?
Ptg pukul 4 Hubs call. Umi keje, kat opis. "Demam anak makin teruk. Panas sgt. " Berdebar dada. Teros mintak izin bos nak balik awal sket. Risau. Hubs tak penah handle Amsyar demam. Bukan tak pecaya dia, tapi mmg kurang pecaye pon. Huuu
Sampai umah tgk Hubs tgh mandikan Amsyar. Good! Teros suruh Hubs siap. Bawak pegi klinik. Hubs tanya takleh pegi malam ke? "haruslaaaa tak bleh!!!" muktamad.
Elok2 sampai klinik awana, kijal. Boleh plak doktor takde. Malam baru masuk. Tulah, melawan sangat kan??? Hehehe
Sembang ngn staff klinik tu. Tanya dia boleh ke kasi ubat je? Jauh tu nak balik, pastu dtg balik. Dia tgk kan Amsyar. Pastu cakap "anak saya pn baru je kena camni. Demam campak ni".. Terkejut gak bila dia ckp camtu. Igtkn alergik je. Dia suggest pegi amek air penawar. Dia ckp anak dia lepas amek air penawar or org Ganu ckp air tawar, bintik2 anak dia hilang & demam pun kebah. (notes : air tu cuma sebagai medium/alat menyembuh. Penyembuh nya tetap Allah. Tiada kompromi di situ ye)
Kitorg pun macam redha jelah nak buat apa pun. Janji anak sembuh. Staff tu offer nak suruh husband dia tgg kat tepi jalan & tunjukkan rumah pokcik yg buat air tawar tu. Setuju! Teros gerak. Tak jauh dah. Dalam 10 minit je. Sebelum keluar klinik mintak ubat montot & losyen untuk sapu kat badan Amsyar.
Gamba :
1. Pakcik yang buat air tu. Pakcik ni buta. Cara rawatan dia 100% guna ayat al-quran.
2. Air tawar. Mineral water je. Dibaca dgn ayat2 al-quran. Semoga membantu mengurangkan saket Amsyar. Mandi & minum.
3. Amsyar & demam campak.
4. Losyen calamine. Untuk sejukkan badan & kurangkan rasa gatal.
Malam tadi Amsyar byk kali gak jaga. Badan pn panas. Kul 5 masuk ubat ikut montot lagi. Sepanjang mlm basahkan badan dia ngn air.
Pagi ni nampak merah kat muka dah makin ilang. Tapi badan penuh. Maybe bintik2 campak tu nak kuar sampai abes.
Anak, semoga sembuh cepat. Patah hati umi tgk badan Amsyar camni. Sedih :(
Comments