kEhilaNgaN itu pEdiH

aku pernah rasa kehilangan...arwah mak meninggal waktu aku berumur 14 tahun. mak kalah dalam perjuangan nya menentang kanser darah yg baru disedari 2 bulan sebelum itu.
kehilangan itu pedih. sesak nafas saat melihat wajah mak buat kali terakhir.
but times do heal.
bila aku semakin kuat, arwah opah pulak meninggal. sekali lagi aku lemah. nafas aku terhenti tatkala melihat opah menarik nafas terakhir nya. betul, aku nampak dada opah bergerak (sebelum tu opah koma, tak sedarkan diri) dan mata opah terbuka sesaat sebelum tertutup selamanya. kehilangan 'mak' buat kali ke-2!
tapi kali ini aku lebih kuat, nangis tetap nangis, sedih tetap sedih. tapi aku mampu berada di sisi opah sepanjang malam sebelum hari pengebumian dia. aku bacakan surah yasin, aku cium pipi dan dahi opah sekerap yg mungkin sebab aku tahu lepas ni aku dah tak berpeluang nak buat benda yang sama.
gambar terakhir arwah opah sebelum meninggal


kehilangan itu memang pedih!rasa macam badan malayang, nafas terhenti, nyawa entah ke mana. sejak 2 hari lepas aku mengikuti blog hamba Allah ni. setiap kali baca, confirm aku nangis. setiap tulisan dan entri dia betul2 menyentuh hati aku. tentang bagaimana si kecil Yanie meninggal. tentang mawar yg kehilangan suami nya.sgt sedih dan pedih! bru membaca nya dah buat aku lemah, macam mana la kalau aku berada di tempat mereka. 


antara ayat nya yg sgt menyentuh hati :



Melihat wajah suami dan anak2, saya tibaberasa sayu.
Seandainya saya pergi dulu saya cuma berharap agar kehidupan tetap diteruskandengan sempurnaMungkin akan terasa kekurangancuma masa pasti akan menyembuhkanSaya berdoa semoga suami saya sentiasa menyayangi danmelindungi anaksaya walaupun suatu hari nanti dia perlu untuk mendapatkan suri untuk melengkapkan kehidupannyaSemoga saya tidak akan 'matidalam hatinya. Dansemoga anaksaya akan menjadi anak2 yang hidup dan mati mereka kerana Allah.Semoga saya juga akan sentiasa ada di setiap doa suami dan anaksaya. Dansemoga Allah yang Maha Pengasih dan Pemurah akan memanjangkan jodoh kami dikehidupan yang kekal abadi...


aku jugak seorg isteri, ibu, seorg anak, seorg adik & juga kakak. selalu terfikir, andai nya aku disahut oleh Allah untuk kembali kepada Nya, apa akan terjadi pada mereka semua?
tapi Allah itu maha kaya, dia takkan menguji hamba nya lebih dari kemampuan mereka.

macam mana pulak kalau aku diuji dengan kehilangan mereka? AllahuAkbar. memikirkan nya saja membuatkan mata aku berkaca. lemah! kalau diberi pilihan, aku rela pergi dahulu sebelum mereka (walaupun masih ada terlalu banyak dosa yang memerlukan taubat nasuha. heeeee) . sungguh aku lemah!
times do heal, tapi parut tetap di situ. 
aritu sembang dengan seorg jiran yang diuji oleh Allah dengan kematian anak lelaki ke - 2 nya yg baru berumur 40 hari. dia cerita, mata aku yg berkaca. 

sampai sekarang saya tak pernah pegi kubur Aqeef, tanak tau pun dekat mana kubur dia.

kalau aku, mungkin aku pun tak mampu untuk ke kubur itu. pedih!
selang 2 minggu, sembang pulak dgn kawan sekerja. kata dia anak dia meninggal lepas 3 minggu dilahirkan. isteri nya meroyan sebulan. lupa semua perkara, cuma ingat anak itu masih hidup.
aku pikir, kalau aku kat tempat isteri dia, aku juga akan meroyan! 

kata orang, hilang mak, sedih. hilang ayah, sedih. hilang suami, sedih (& pedih), tetapi hilang anak, mati!
aku takleh bayangkan hidup aku tanpa Amysar. Ya Allah, panjangkan la umur Amsyar Durrani. hilang Amysar, hilang la aku. lemah nya hamba mu ini Ya Allah.

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Comments

Popular posts from this blog

BIOLAC fOr aMsYaR

BiLa HaTi BeRbiCaRa

ProSes tUkaR SuSu AmsYaR duRraNi